Wednesday, May 5, 2010

http://localtimes.info/Asia/Malaysia/Labuan/

Labuan capai sasaran sifar peratus miskin tegar

Labuan capai sasaran sifar peratus miskin tegar

6th May, 2010
LABUAN: Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Senator Dato’ Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, Labuan telahpun mencapai sasaran sifar peratus miskin tegar sepenuhnya.

Katanya, menurut laporan terkini Jawatankuasa Kemiskinan Labuan, kesemua 34 KIR miskin tegar yang direkodkan sejak tahun 2008 telah pun berjaya dikeluarkan daripada garis kemiskinan tegar sejak 15 April lalu.

“Kejayaan itu adalah hasil kerja keras jawatankuasa pelaksana Program Pemutihan Misin Tegar yang membabitkan pelbagai agensi kerajaan termasuk Jabatan Perangkaan Labuan dan Jawatankuasa Kemiskinan Labuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Bersama Penjawat Awam di Labuan yang diadakan di Dewan Konvensyen Ujana Kewangan, pada Isnin.

Raja Nong Chik berkata, sejak tahun 2007 Labuan mencatatkan seramai 67 Keluarga Isi Rumah (KIR) miskin tegar dan jumlah itu berjaya dikecilkan kepada 34 KIR pada tahun 2008.

Bagaimanapun katanya, sehingga kini Labuan masih lagi mempunyai 229 KIR yang didaftarkan sebagai golongan miskin yang memerlukan perhatian untuk dibantu.

Justeru itu katanya, Jawatankuasa Kemiskinan Labuan bersama agensi yang terlibat perlu terus memainkan peranan untuk membantu golongan tersebut bagi memastikan golongan ini juga dapat dikeluarkan daripada golongan miskin.

Dalam perkembangan yang lain, Raja Nong Chik mahu kakitangan kerajaan termasuk Perbadanan Labuan selaku pihak berkuasa tempatan (PBT), lebih proaktif dalam memainkan peranan konsep 7P yang diperkenalkan oleh beliau sejak memeggang jawatan Menteri Wilayah.

Katanya, konsep 7P yang merangkumi Pembangunan, Perumahan, Penyengeraan, Penjaja, Penguatkuasaan, Pengangkutan dan Prihatin adalah selari dengan gagasan Perdana Menteri yang berlandaskan kepentingan dan kebajikan rakyat.

Hadir sama di majlis itu, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar yang juga Pengerusi Perbadanan Labuan, Dato’ Ahmad Phesal Talip dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan serta kira-kira 1,000 kakitangan penjawat awam daripada pelbagai agensi.

Tuesday, September 15, 2009

Saturday, April 11, 2009

Agen perubahan

nak berubah kena pemikiran yang berubah untuk menjadi seseorang yang dalam semua aspek dalam kehidupan, hidup biar menjadi manusia yang suka berfikir untuk melakukan sesuatu perubahan untuk mencapai kejayaan dalam hidup, mereka yang sentiasa berfikiran positif harus